Thursday, January 20, 2011

1 Litre Of Tears





 



Begitulah tajuk sebuah drama sedih sesedih yang digambarkan dari tajuknya. Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap spinocerebellar degeneration disease. Penyakit ini termasuk antara penyakit yang tiada ubatnya. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diterbitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.
 

Saya memulakan tontonan ini sejak semalam lepas. Suka cerita berdasarkan fakta gini, memungkinkan kita buat rujukan dan perbandingan dalam kehidupan sebenar. Selain tu drama ini menggambarkan kehidupan dalam satu keluarga yg sederhana tapi bahagia. Drama ini mgkin boleh jadi suatu sumber semangat bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga atau org terdekat yg mengalami penyakit sebegini.

No comments:

Post a Comment