S: soalan
J: jawapan
1.
S: Mengapakah wanita yg ضحكت (ketawa) ketika itu sedang berpuasa telah batal
puasanya?
J: dalam al-Quran, pada surah Hud, 71 telah
menyebut "وامرأته قائمة فضحكت فبشرناها
بإسحاق " . Perkataan ضحكت dalam ayat ini ditafsirkan sebagai حاضت (telah
berhaid perempuan itu).
2.
S: Darah binatang apekah yg akan
bersih apabila telah berubah sifatnya yg tertentu?
J: Darah kijang. Apabila darah tersebut berubah menjadi misk/
sejenis minyak wangi jdlah ia suci bersih.
1.
S: Apekah sembelihan yg dilarang
dibuat pada waktu malam?
J: Sembelihan untuk ibadah korban, akikah dan hadyu dilarang
dilakukan pada waktu malam.
2.
S: Burung apekah yg dilarang untuk
dibunuh sama ada ketika ihram ataupun sebaliknya?
J: Burung hudhud.
3.
S: Telah diketahui bahawa solat
sunat witir tidak dilakukan kecuali selepas isyak. Seorang lelaki telah
melakukan solat ini sebelum waktu isyak, iaitu di antara maghrib dan isyak.
J: Lelaki ini merupakan seorang musafir yg dibolehkan jamak.
Setelah beliau menjamakkan solat maghrib
dan isyak pada waktu maghrib/jamak takdim, bolehlah melakukan solat sunat witir
selepasnye.
sumber asal: Facebook
terjemahan : telah diterjemah oleh penulis dr bahasa arab.
p/s: asalnye berderet lg teka tekinya tp rase sakit kepala pulak mak buyung ni. mane nk terjemah lg... jd, takat ni jela. harap teka teki ni bermanfaat.