Thursday, July 5, 2012

Teka- teki ilmiah berkait dengan hukum feqah


S: soalan
J: jawapan 

1.      S: Mengapakah wanita yg ضحكت (ketawa) ketika itu sedang berpuasa telah batal puasanya?
J: dalam al-Quran, pada surah Hud, 71 telah menyebut "وامرأته قائمة فضحكت فبشرناها بإسحاق " .    Perkataan ضحكت dalam ayat ini ditafsirkan sebagai حاضت (telah berhaid perempuan itu).

2.      S: Darah binatang apekah yg akan bersih apabila telah berubah sifatnya yg tertentu?
J: Darah kijang. Apabila darah tersebut berubah menjadi misk/ sejenis minyak wangi jdlah ia suci bersih.
 
1.      S: Apekah sembelihan yg dilarang dibuat pada waktu malam?
J: Sembelihan untuk ibadah korban, akikah dan hadyu dilarang dilakukan pada waktu malam.

2.      S: Burung apekah yg dilarang untuk dibunuh sama ada ketika ihram ataupun sebaliknya?
J: Burung hudhud.

3.      S: Telah diketahui bahawa solat sunat witir tidak dilakukan kecuali selepas isyak. Seorang lelaki telah melakukan solat ini sebelum waktu isyak, iaitu di antara maghrib dan isyak.
J: Lelaki ini merupakan seorang musafir yg dibolehkan jamak. Setelah beliau  menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib/jamak takdim, bolehlah melakukan solat sunat witir selepasnye.

sumber asal: Facebook
terjemahan : telah diterjemah oleh penulis dr bahasa arab.

p/s: asalnye berderet lg teka tekinya tp rase sakit kepala pulak mak buyung ni. mane nk terjemah lg... jd, takat ni jela. harap teka teki ni bermanfaat.