Wednesday, December 2, 2009

Makkah Pusat Bumi..fakta yg tlh disembunyikan



Pelbagai perbincangan dan perdebatan timbul mengenai penggunaan Waktu Antarabangsa antara GMT (Greenwich
Mean Time) dan waktu Makkah.

Dalam kalangan ilmuwan di seluruh dunia, mereka mengetahui bahawa kota Makkah berada tepat di antara Kutub Selatan dan Kutub Utara . Hal ini bukanlah perkara yang baru, namun para saintis tetap memilih GMT sebagai panduan kepada pemilihan Waktu Antarabangsa.

Seorang pemikir ilmuwan Arab, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, mengatakan penelitian moden telah membuktikan bahawa Ka’bah merupakan pusat bumi dan satu-satunya yang merupakan “Zona-Zero”, tempat yang neutral dari pengaruh magnetik. Dan menurut penelitian, hal tersebut membuatkan sesiapa sahaja yang tinggal di Makkah memiliki kesihatan yang lebih baik berbanding dengan manusia normal. Maka, tidak hairanlah, kota Makkah mempunyai warga tua yang berusia lebih 90 tahun yang paling ramai di dunia.

Para Ulama dari seluruh dunia berkumpul dalam konfren di Qatar berjudul “Mecca, the Centre of the Earth, Theory and Practice” (Mekkah: Pusat Bumi, Teori, dan Ibadah) turut membahas masalah penggunaan Waktu Antarabangsa, yaitu mengacu pada Mekkah.
Sepanjang konfren tersebut, seorang saintis Muslim dari Perancis telah menemui kaedah baru menentukan arah kiblat. Beliau telah mencipta kompas penunjuk arah kiblat yang lebih praktikal berbanding yang digunakan sekarang ini. Ujar beliau, kompas ini dapat menyatukan arah kiblat dari seluruh dunia.

Kompas tersebut dirasakan mampu menjawab sebarang kekeliruan terhadap kota Makkah sebagai pusat tengah bumi dan Waktu Antarabangsa. Menurut catatan sejarah, penggunaan Waktu Antarabangsa mula digunakan oleh penjajah British semasa melakukan ekspidisi pelayaran dan penjajahan seawal tahun 1600. Mereka menggunakan sistem pemetaan berdasarkan matahari, yang saat ini dikenali sebagai GMT.

Menurut Wikipedia, Waktu Min Greenwich (GMT) kini digunakan untuk merujuk kepada zon masa Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). GMT dahulunya merujuk kepada waktu min suria di Balai Cerap Diraja, Greenwich, London.

Sistem tersebut kemudiannya digunakan oleh para penjajah lain seperti Belanda dan Portugis. Akibatnya sistem yang diperkenalkan, seakan-akan GMT menjadi “fakta” bahwa GMT merupakan pusat bumi bagi penentuan garisan Waktu Antarabangsa.


kabe_kaba_1

Sumber: Syeikh Muhammad Hanis Ad-Dujuni Al-Jawi

p/s: copy paste dr iluvislam.com

Tuesday, December 1, 2009

himpunan petua yg diamalkan sendiri oleh penulis

Limau

Orange - photo/picture definition - Orange word and phrase image


- pelawas yg baik. Klu ssh nk buang air besar, silelah makan limau sekilo insyaAllahla tu.

Madu
http://fadhlyoke.files.wordpress.com/2009/05/madu3.jpg

-utk makan bile rase nk demam, selsema dan batuk
-sebenarnye byk lg khasiat die. Jika batuk, campurkan satu sudu madu dgn suku limau nipis dan minum .

Lada Hitam

Image of the Proposal1Vietnam_pepper_2
-buang angin dalam badan
-memanaskan badan. Tika musim sejuk minumlah ape2 yg berasaskan sup dan tambah lada hitam di dalamnya.
Lada hitam ini boleh dalam masakan, makan bgtu shja ataupun hancurkan lada tersebut dan campurkan sedikit minyak dan lumurkan pada badan.

Wednesday, May 13, 2009

Solat Subuh Berjemaah

WAKTU paling liat untuk bangun tidur ialah ketika hampir masuk waktu subuh. Jika pada masa itu hujan renyai dengan hembusan angin dingin pula, maka tambah malas hendak bangun dan semakin kuat tangan menarik selimut.

Walaupun hakikatnya kita sudah terjaga, oleh kerana telinga didendangkan syaitan bahawa tidur lebih nikmat daripada bangun, maka ada antara kita terus berlengkar macam ular sawa di tempat tidur sehingga waktu subuh berlalu.

Setiap orang pasti menempuhnya kerana waktu subuh adalah masa cukup enak melayan fikiran di tempat tidur. Justeru, hati malas dan liat untuk bangun memberi peluang syaitan berjaya menggoda.

Susahnya untuk bangun pagi bagi menunaikan solat Subuh adalah ujian melihat sejauh mana tahap keimanan kepada-Nya. Ujian seperti ini dihadapi umat manusia tanpa kecuali sejak Nabi Adam diciptakan hingga hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud: "Alif lam mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (begitu saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 1-3)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah al-Mulk, ayat 2) Mendirikan solat Subuh berjemaah di surau atau masjid perkara yang berat untuk dikerjakan. Ujian itu dikira berat kerana banyak godaan dan halangan sebelum berjaya melangkah kaki ke surau atau masjid.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu subuh bermula sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Masalah itu ditegaskan sekali lagi oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mendapatkan satu rakaat solat Subuh sebelum terbit matahari, maka dia sudah melaksanakan solat Subuh." (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Sesungguhnya sesiapa yang pergi ke surau atau masjid untuk mendirikan solat Subuh berjemaah akan mendapatkan banyak keistimewaan dan pahala dibandingkan orang yang melaksanakan solat fardu selain solat Subuh berjemaah.

Antaranya ialah mendapat pahala seperti orang yang solat berjemaah iaitu 27 darjat pahala, memperoleh kebaikan yang banyak, dihapuskan amal kejahatan, dinaikkan darjat dan kedudukan, dijanjikan syurga dan malaikat mendoakannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat dua waktu yang sejuk, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Musa al-Asya'ri)

Keistimewaan lain yang diperoleh mereka yang mendirikan solat Subuh berjemaah ialah seakan-akan melaksanakan solat malam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia bersolat setengah malam. Barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak) maka seakan-akan dia melaksanakan solat malam selama satu malam." (Hadis riwayat Muslim)

Subuh adalah sumber segala cahaya pada hari kiamat kelak. Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat kepada mereka yang mendirikan solat Subuh dengan berjemaah di surau atau masjid.

Walaupun cahaya bagi orang beriman pada hari kiamat berbeza, Allah tidak akan mencabut cahaya itu di mana saja dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirat al-Mustaqim. Allah akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk ke dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat." (Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah) Dalam kegelapan bermaksud solat Isyak dan Subuh.

Waktu subuh amat singkat, oleh itu mereka yang ingin mendirikan solat Subuh harus bersedia awal sebelum masuknya waktu.

Solat tepat pada waktunya adalah ibadah yang disukai Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Amal yang paling dicintai Allah adalah mengerjakan solat (tepat) pada waktunya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

http://www.ustazmelaka.net

p/s: ustaz selalu pesan bangun setengah jam sblm subuh. Kalu nk sambung tdo,tdo lepas dhuha.

Sunday, May 3, 2009

Ujian di musim peperiksaan

Assalamualaikum..

Setelah berminggu2 membiarkan blog ni 'berdebu' tanpa update, maka hari ni saya menulis jgk walau takde idea sebab kasihan kat die. Kewujudannya bagai hidup segan, mati xmahu. Punca malas update ialah sb xde port yg selesa.Yela, keselesaan tu kan penting utk hasil yg berjaya. Mgkin setelah mendapat port yg sesuai nnti insyaAllah diusahakan untuk update lebih kerap.

Hari ni mood lebih stabil kerana sudah mendapat cara baru utk study lebih tenang. Bila masuk musim imtihan, hampir semua benda jadi masalah. Kalu sebelum ni kita okey je dgn cara lama, mgkin mase ni kita kene ubah. Masalah paling biasa dan yang paling perit timbul ketika fatrah imtihani ialah denganoomate dan lain-lain.Banyak sabar dan maafkan jela.. Masalah2 lain yg timbul pada peperiksaan orang sekeliling. Oleh itu, kene berlebih kurang la kalu ada yang tak kena dgn alhi bait, kawan, r ialah tiada mood study, tekanan perasaan, mengantuk memanjang, keMALASan dan sebagainya. Semua ini boleh diselesaikan dengan izin Allah.

Berdasarkan hadis yg mengisahkan seorang sahabat yg mana beliau kegelisahan, tidak tenang dan tidak lalu makan lalu beliau pergi kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Kemudian Rasulullah menasihatinya supaya ke tiga tempat.
  1. Majlis membaca al-Quran, sama ada kamu ikut membaca atau hanya mendengar sahaja.
  2. Majlis ilmu.
  3. Cari waktu yang sunyi, contoh di tengah malam. Bermunajatlah kepadaNYA serta minta keampuanan dan ketenangan.
sekiranya ketiga2 cara itu masih tidak berkesan, maka mintalah pada Allah supaya digantikan hatimu itu dengan hati lain kerana hati yg ada padamu adalah milik orang lain.wallahu aa`lam.

p/s: ape yg saya naqal di atas adalah mafhum hadis sahaja.walaupun saya tak tahudengan detail 100% btl isi kandungannya saya tetap mahu naqalkan sb menarik dan sesuai. sekiranya ada jgk salah silap mohon diampun dan dibaiki.

Cakap pasal majlis ilmu, teringat pada kuliah yg dihadiri selepas maghrib tadi. Lame sungguh diri ini buat 'cuti tak formal' dari menghadirkan diri utk sama2 ambil manfaat dr ustaz Safwan,اللهم قفقهه في الدين . Td, ustaz baca kitab Bidayatul Hidayah dan kitab Penawar Hati. Sebahagian dari kitab Bidayatul Hidayah membincangkan tentang adab2 bersahabat. Banyak nasihat2 dan garis panduan yg diatur oleh imam Ghazali tentang sahabat yg patut didampingi antaranya orang yg baik akhlaknya. Moga2 kelas2 ilmu dan tazkirah dapat menghidup kembali jiwa2 yg lemah serta menambah iman.


SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN KEPADA SEMUA SAHABAT DI MESIR DAN MALAYSIA, DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA. BITTAUFIQ WAANAJAH.AMIIN..

Friday, April 3, 2009

Mentari selepas hujan..


Seringkali kita diuji dengan kesedihan, kekecewaan, lemah semangat, lesu dan sebagainye. Pastinya teramat sedihla kita ketika itu dan yg paling best kalu pas duk sedih2 kita dianugerahi semangat baru,azam baru dan kekuatan baru...lebih baik dari sebelum ni dan fresh2 mcm pagi yg nyaman..hehe.

Begitulah kisahnye diriku pagi kelmarin sebelum pi kelas toturial usul fiq. Sebabnye?? sebabnye remeh-temeh je, malu nk habaq kat org. Mgkin mase tu hati tengah lembut sebab tu cepat sgt terasa. Sudahnye aku memujuk diri ng محاضرة (toturial/pelajaran) yg disampaikan ustaz Danial dan ilmu baru yang diterima..bile dh ok elok plak terlentok tgh2 kelas..hadui..tula xleh selesa sgt.. Tersedar dari jaga terus beri tumpuan dan rencanakan kefahaman serta menulis nota2 penting, bukan senang nk cari org yg bleh ngajar usul fiq. Kalu tgu baca sdiri mati kayu xpaham.

Setelah 2jam masa berlalu,kelas pn berakhir. Orang kata kalu sdh jgn pendam sorg2, jd dgn alasan itu aku pn mendail nombor telefon salah seorang sahabat. Crita2 skit,usik2,pastu siap nasihat suh pi kuliah. Alhamdulillah,lega terus rasanye. Terima kasih teman, walau sekadar tu je yg aku perlukan tp cukup memberi kesan pada diri ini. Perjalanan ke kuliahnye ku isi dgn النأمل (pemerhatian) dengan ape yg terjadi tadi.

Ada beberapa عبر (pengajaran) yg boleh diambil:


  1. Pernah kwn saya kate,bila kite sedih ni mgkin jiwa kita kelaparan. Makanan jiwa ialah kerohanian. Jd, dari situ kita kene muhasabah la mgkin selama ni kita banyak lagho @leka dengan dunia dan lupa pada kerohanian yg patut di isi.tula,manusia xleh selalu hepi,xingt dunia jdnye.so,kene sdh skali skale.
  2. Senantiasa muhasabah diri. Manusia ni يزيد و ينقص sama ada imannye, ilmunye, perasaannye. Jd kene muhasabah jangan sampai berada di level terlalu rendah. Kestabilan tu penting untuk menuju hari depan yang mencabar.
  3. Manusia xleh hidup tanpa sahabat.Lagi2 jauh dari keluarga ni.Kalu rase boleh pn jgn selalu sorg2,tkt2 jg penyakit lain plak.
  4. Jangan tido dalam kelas.kalu x tido jela yg dapat..ssh2 dr asyir ke sabi` membawa diri last2 tdo yg dpt..rugi2. (item ke ke empat ni pesanan utk diri sendiri je sb hilang idea dh sebenarnye).





Ni doa saya nk kongsikan dgn sahabat2.bile sedih atau ditimpa kesusahan bacalah doa ni. lebih baiknye hayati makna tp saya xpya maksud yg tepat utk dikongsi,pakai ikut pngetahuan sdiri je.ni doa dr kitab al-Azkar.boleh cari maksud dalam terjemahan kitab.satu kitab yg bagus utk dibuat teman.


باب اذا اصابك همّ او حزن

اللهم انا عبدك ابن عبدك ابن أمتك قبضتك ناصيتى بيدك ماض فى حكمك عدل فى قضآءك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك او انزلته فى كتابك او علمته احدا من خلقك او استأثرت به فى علم الغيب عندك ان تجعل القرآن نور صدرى وربيع قلبى وجلآء حزنى وذهاب همّى




Friday, February 20, 2009

kesan dr peristiwa..

Pada hari ini saya telah memulakan semula apa yg telah lama ditinggalkan iaitu "kait mengait" atau dgn kata lain dalam bahasa inggeris dipanggil crochet. Kali terakhir memegang jarum kait tu ketika saya berumur 12 tahun,begitu lama. Tetapi timbul minat tu untuk bergiat semula selepas memasuki satu pertandingan hari keluarga (HIKMAT). Sebenarnye,saya begitu tidak yakin untuk menyertainye tp disebabkan tiada org yg sanggup, maka saya mencuba juga. Apa salahnye kan..


Di sini saya sertakan gambar hasil kraftangan crochet...


hamparan




beg kait

lampu kait?? hm, xmustahil kan..

Sekian,len kali saya letak hasil kraftangan sdiri plak. Tp, xla secantik dan sehalus seperti gambar di atas..

Wednesday, February 18, 2009

~MAQAM SAYYIDAH NAFISAH~




Alhamdulillah..pada hari Selasa lalu berjaya jgk saya menjejaki maqam Sayyidah Nafisah dan explore tempatnye dengan sendiri. Sebelum ni dah pernah sampai tapi tu ikut rombongan. Jadi,ikut jela semata,xtau naik bas ape sampai ke sana,tau2 je dah sampai. Saya ke sana dengan menaiki bas panjang bernombor 912 dari sabi`. Selain tu boleh juga naik bas panjang bernombor 65,45 kecil,353 (dr asyier), 324(dr asyier @ sabi`) ataupun tanye je mane2 pak arab bas ke Sayyidah Aisyah. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 40-50 minit dihiasi dengan pemandangan binaan bangunan-bangunan lama dan kawasan perkuburan, ape yang agak menarik ialah masjid Ali Basya yang biasa menjadi tumpuan para pelancong.

Di Sayyidah Aisyah, terus saya bertanya kepada seorang warga tempatan peta untuk ke maqam Sayyidah Nafisah. Di samping itu saya turut bertanya arah tuju untuk ke maqam Imam Syafie tp kali ni saya xbercadang untuk ke sana pada hari ini memandangkan tempatnya agak jauh dan masa yang terbatas. Di kiri dan kanan saya terdapat bangunan yg membentuk lorong2 kecil untuk laluan pejalan kaki dan kenderaan kecil.kawasan ini dibahagikan mengikut syarik(nama jalan) dan utfah(xpasti apa,cth utfah hebah dan utfah syemaa`).

Sesampai saya di sana, azan berkumandang dan saya terus ke masjid di sebelah maqam. Seusainya solat, kelihatan orang mengangkat jenazah. Sahabat arab saya (baru je berkenalan mase dalam masjid td..hihi) ajak berdoa sebentar. Di maqam saya berdoa sebentar selepas itu saya beredar.

Perjalanan baliknye saya mencuba laluan lain. Laluan ni agak jauh(rase2la,mgkin sb sunyi skit). Kiri kanan seme kubur. Akhirnya jumpa jalan besar dan terus melintas. Kate makcik yg saya tye td name tempat ni magri (kalu x silap dgr la). Baliknye, saya naik bas 912 (sama ng mase ale g)


Sebenarnye, adabeberapa kisah menarik pasal beliau tp saya x ingt sgt utk dicoretkan di sini.tkt karang salah crita plak. Kalu ada kawan2 yg tau leh tambah kat komen. Yang pastinya beliau seorang yang soleh dan keturunan ahli bait (keturunan Rasulullah sallalahu alaihi wasallam). Lepas ni nak g lagi,mgkin leh buat sebagai liqo` amali usrah kami..

Monday, February 16, 2009

~SERANGKAP DOA BUAT TEMAN~

Aku mulakan post pertama ini dgn nama-Mu ya Allah..


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid dijalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.


Seorang sahabat telah mengirim doa ni ke mesej friendster. Suatu masa dulu bagaikan tidak terkesan di hati ini.. macam mesej2 forward biasa, tp tika saya membelek2 inbox hari ni (saje..nk tgk mesej2 lama)..dan saya terjumpa serta membaca mesej yg terkandung di dalamnye doa ini..terasa seperti kandungannya punya input yang begitu mendalam..tersurat dan tersirat..

p/s: oleh kerana mesejnya cukup istimewa dan cukup cocok buat fata wa fatayat, maka saya tujukan khas buat semua pembaca blog ni..

Monday, January 5, 2009

assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya pada hari isnin 7 muharram 1430 bersamaan 5 januari 2009 hasrat saya untuk cipta blog sendiri berjaya. Asyik2 baca blog org je...hehe