Sunday, May 3, 2009

Ujian di musim peperiksaan

Assalamualaikum..

Setelah berminggu2 membiarkan blog ni 'berdebu' tanpa update, maka hari ni saya menulis jgk walau takde idea sebab kasihan kat die. Kewujudannya bagai hidup segan, mati xmahu. Punca malas update ialah sb xde port yg selesa.Yela, keselesaan tu kan penting utk hasil yg berjaya. Mgkin setelah mendapat port yg sesuai nnti insyaAllah diusahakan untuk update lebih kerap.

Hari ni mood lebih stabil kerana sudah mendapat cara baru utk study lebih tenang. Bila masuk musim imtihan, hampir semua benda jadi masalah. Kalu sebelum ni kita okey je dgn cara lama, mgkin mase ni kita kene ubah. Masalah paling biasa dan yang paling perit timbul ketika fatrah imtihani ialah denganoomate dan lain-lain.Banyak sabar dan maafkan jela.. Masalah2 lain yg timbul pada peperiksaan orang sekeliling. Oleh itu, kene berlebih kurang la kalu ada yang tak kena dgn alhi bait, kawan, r ialah tiada mood study, tekanan perasaan, mengantuk memanjang, keMALASan dan sebagainya. Semua ini boleh diselesaikan dengan izin Allah.

Berdasarkan hadis yg mengisahkan seorang sahabat yg mana beliau kegelisahan, tidak tenang dan tidak lalu makan lalu beliau pergi kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Kemudian Rasulullah menasihatinya supaya ke tiga tempat.
  1. Majlis membaca al-Quran, sama ada kamu ikut membaca atau hanya mendengar sahaja.
  2. Majlis ilmu.
  3. Cari waktu yang sunyi, contoh di tengah malam. Bermunajatlah kepadaNYA serta minta keampuanan dan ketenangan.
sekiranya ketiga2 cara itu masih tidak berkesan, maka mintalah pada Allah supaya digantikan hatimu itu dengan hati lain kerana hati yg ada padamu adalah milik orang lain.wallahu aa`lam.

p/s: ape yg saya naqal di atas adalah mafhum hadis sahaja.walaupun saya tak tahudengan detail 100% btl isi kandungannya saya tetap mahu naqalkan sb menarik dan sesuai. sekiranya ada jgk salah silap mohon diampun dan dibaiki.

Cakap pasal majlis ilmu, teringat pada kuliah yg dihadiri selepas maghrib tadi. Lame sungguh diri ini buat 'cuti tak formal' dari menghadirkan diri utk sama2 ambil manfaat dr ustaz Safwan,اللهم قفقهه في الدين . Td, ustaz baca kitab Bidayatul Hidayah dan kitab Penawar Hati. Sebahagian dari kitab Bidayatul Hidayah membincangkan tentang adab2 bersahabat. Banyak nasihat2 dan garis panduan yg diatur oleh imam Ghazali tentang sahabat yg patut didampingi antaranya orang yg baik akhlaknya. Moga2 kelas2 ilmu dan tazkirah dapat menghidup kembali jiwa2 yg lemah serta menambah iman.


SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN KEPADA SEMUA SAHABAT DI MESIR DAN MALAYSIA, DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA. BITTAUFIQ WAANAJAH.AMIIN..

No comments:

Post a Comment