Thursday, July 5, 2012

Teka- teki ilmiah berkait dengan hukum feqah


S: soalan
J: jawapan 

1.      S: Mengapakah wanita yg ضحكت (ketawa) ketika itu sedang berpuasa telah batal puasanya?
J: dalam al-Quran, pada surah Hud, 71 telah menyebut "وامرأته قائمة فضحكت فبشرناها بإسحاق " .    Perkataan ضحكت dalam ayat ini ditafsirkan sebagai حاضت (telah berhaid perempuan itu).

2.      S: Darah binatang apekah yg akan bersih apabila telah berubah sifatnya yg tertentu?
J: Darah kijang. Apabila darah tersebut berubah menjadi misk/ sejenis minyak wangi jdlah ia suci bersih.
 
1.      S: Apekah sembelihan yg dilarang dibuat pada waktu malam?
J: Sembelihan untuk ibadah korban, akikah dan hadyu dilarang dilakukan pada waktu malam.

2.      S: Burung apekah yg dilarang untuk dibunuh sama ada ketika ihram ataupun sebaliknya?
J: Burung hudhud.

3.      S: Telah diketahui bahawa solat sunat witir tidak dilakukan kecuali selepas isyak. Seorang lelaki telah melakukan solat ini sebelum waktu isyak, iaitu di antara maghrib dan isyak.
J: Lelaki ini merupakan seorang musafir yg dibolehkan jamak. Setelah beliau  menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib/jamak takdim, bolehlah melakukan solat sunat witir selepasnye.

sumber asal: Facebook
terjemahan : telah diterjemah oleh penulis dr bahasa arab.

p/s: asalnye berderet lg teka tekinya tp rase sakit kepala pulak mak buyung ni. mane nk terjemah lg... jd, takat ni jela. harap teka teki ni bermanfaat.

Monday, June 18, 2012

37w

Mentang2 misi kate 37w ni kire full time dh... maksudnya sedia untuk dilahirkan ataupn bayi sudah matang untuk dilahirkan, xsabo nk tgu bby kuo. mase kandungan 6bulan lbh ari tu g scan doktor kate nmpak mcm bby perempuan. so, skrg ni rase nk nyanyi lagu Maher Zain- my little girl. sudah terbayang2 bby girl yg cantik ng gaun pink2, takpun baju kurung kecik tu.hehe. kuat koya sungguh org ngandung ni.....http://www.youtube.com/watch?v=BP0okznYTDY&feature=related

Tuesday, June 12, 2012

36minggu 1hari

Assalamualaikum..

36mgu 1hari? rasa2 blh teka x ape die? tulah umur kandungan saya. dh sarat ni. dulu lps kawin konon2 nk start blog secara aktif sebaik sahaja disahkan mengandung, biar jadi catatan n tatapan untuk baby bila die besar nnti. Dari situ blh tahu perkembangan die sejak dlm kandungan. Sudahnye hari ni baru nk buat setelah bosannye godek2 tenet sorg2.
 Saya disahkan mengandung pada 10/11/11 tahun lepas melalui UPT (ujian air kencing) dan ke klinik untuk melihat keadaan kandungan pada 20/11/11, doktor cakap baru 4/ 5minggu. Mase tu kat Mesir lg, esoknye berangkat ke Malaysia. Jd, dlm sibuk2 buat persiapan balik tulah dapat tahu mengandung. Dahla mmg lasak utk jgka masa sebulan dua tu..kejar bas, goncang2 dalam bas, jalan sana sini cari barang tp tula org kate kalu Allah dh tetapkan ada reseki maka adalah wlpn sebenarnye ada bleeding sehari sblm ke klinik. Lps tu doktor Azah bagi suntikan dan ubat utk kuatkan rahim sebagai persediaan naik flight. Kalu ikut doktor die marah naik flight dlm masa terdekat tp nk buat mcm mane tiket dh ditempat. Jd, kami tawakkal jela setelah berusaha dengan doa dan ubat.

3bulan pertama
Saya mengalami loya2 yg sedarhana. sepanjang mengandung rasanye blh dibilang dengan jari brape kali muntah. Tp mmg xleh lama2 kat dapo. Kalu bab potong2 bawang serah kat suami n adik ipar. Bile berlama2 hidu bawang alamatnye lemah la satu badan tahan loya.

3bulan kedua
Masuk 5bulan baru nk hilang loyanye. Perut pun semakin menunjukkan diri. Sebelum tu mmg xnmpak lasung hatta diri sendiri tilik xnmpak. Mase ni penatla skit sb start ngajar sementara dkat sek lama. Balik2 sek xsempat nk buat ape dh padan letih je. 3bln je ngajar situ lps tu berhenti atas beberapa sebab, antaranye xlarat tambah2 mase tu detect uri bawah jd kene berjaga2 dan banyak berehat. Kat sekolah tu xdelah keje berat sgt sb org pn dh paham kite ni mengandung tp jalan banyak2 n naik tangga tinggi2 tu mmg xlh elak.

3bulan terakhir
 Mase ni perut membesar dengan jayanye tp kalu sape2 tye brape bln msti xcaya. cth: mase tu dh 7@8bulan, mesti igt 3@4bulan. Mgkin sb ni kandungan sulung jd kecik sikitla. Kalu hantar gmbar mengandung kat kawan msti ada yg tye "mane perutnye?"..xtaula sy nk menjawap ape. Satu lg mase ni sgt la xlarat nk bangun duduk sampai kalu tgh solat tu rase nk branak tang tu jgk. mgkin nila org kate sarat kan...Start 28w kene mula kira gerakan janin 10x antara pukul 9pg-9mlm. Mula2 xreti nk kira, sllu 10pg dh cukup pastu misi marah. katenye salah kira, terus xkira dh, pastu misi kat dungun ni ajar elok2 baru start balik. macam manja je kan ibu ngandung ni, xlh marah2 trus merajuk..hihi.

Secara keseluruhannye perkara xbest sepanjang mengandung ni ialah byk btl temujanji klinik. mcm2 kerenahnye..selain temujanji rutin ada kene g amik bp/albumin, minum gula, amik darah..sgt boring, kalu terlepas hari je msti misi call tye knape xdtg klinik. Tp, g klinik kat dungun ni best. misi baik2..hehe. Lg satu ada en.Suami yg menyokong kuat ni, jd seme tu berlalu dgn jayanye. Selain bab g klinik, perkara xbest ialah rutin makan ubat n minum susu, sy ni sgtla liat nk disiplin ng benda yg xberapa diminati. Jd, En, Suami mmg train btl2 bab tu.

Skrg, dh 36 minggu. Mengikut pembacaan 37w dianggap fullterm (tempoh matang) dan kebiasaannye ialah 40w.Misi kate bby dh mula turun. Doakan saya mudah bersalin, bby n saya selamat. InsyaAllah saya akan berpantang di rumah mak mertua memandangkan saya mmg byk menetap di situ.

p/s: td, mcm idea xbrape ade tp bile dh tulis meleret2la pulak.

Thursday, January 20, 2011

1 Litre Of Tears





 



Begitulah tajuk sebuah drama sedih sesedih yang digambarkan dari tajuknya. Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap spinocerebellar degeneration disease. Penyakit ini termasuk antara penyakit yang tiada ubatnya. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diterbitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.
 

Saya memulakan tontonan ini sejak semalam lepas. Suka cerita berdasarkan fakta gini, memungkinkan kita buat rujukan dan perbandingan dalam kehidupan sebenar. Selain tu drama ini menggambarkan kehidupan dalam satu keluarga yg sederhana tapi bahagia. Drama ini mgkin boleh jadi suatu sumber semangat bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga atau org terdekat yg mengalami penyakit sebegini.

Hari-hariku


الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
Segala puji bagi tuhan yg dengan nikmatnya dapat menyerpurnakan amal2 soleh

Nekad..nekad..nekad!!!


    Hari ni saye nekad ingin posting entry. Skurang2nye blog sy ni xterbengkalai sehingga akhirnye. Sbnrnye, sblm ni ada pk nk post sesuatu tp selalu xjalan. So, kite berpegang pada kata2 "every work starts with first step". Sebenarnye xtau sgt nk citer pasal ape ni. Tajuk mcm best je 'hari2ku' padahal hidup sy hari-harian bosan je manjang. K, citer pasal hari nila sb hari ni rase lain skit. Bgn tdo td tibe2 call adik ajak teman g mkn kusyari, mcm pening2 je sy nih. Tp mmg pn, lapar dr semalam lg. Buat2 xtau je sb dah lwt malam dan dah mengantuk. Bangun subuh td pn mcm nk gastrik pastu minum susu sbgai langkah pencegahan. Pastu tido balik sb sejuk sgt.

    Ok, kembali pada citer asal. Bgn tdo pastu duha skit pastu siap2 g asir, kat sebelahnye ada kedai kusyari. Aku ngan kusyari mcm xleh dipisahkan. Plg lama, 2bln skali mesti rindu nk mkn mende ni. Xramai pn pelajar mesir pmpuan yg suka tp sy obses k! Alhamdulillah, hari ni terasa lapang keluar berteman. Mgkin sblm2 ni ada rase sangat sepi. Time2 duk kesunyian gile tu sy pernah doa supaya dikurniakan seorang teman di kalangan org sekeliling utk ubati sepi ni. Sy ni manusia bese mesti mcm sekak dada klu duk sorang2 selalu. Bukan xde org sekeliling lain, roomate n housemate ada tp I need someone that I feel warmness, kire seseorang yg kita rase sekunla. Sy citer ni bkn nk ckp doa sy sgt makbul. Saje je kempen suruh doa selalu..sama ada tika susah atau senang sb tu cara komunikasi kita ngan Allah. Dalam Al- Qur'an banyak saranan supaya berdoa. Antaranya, firman Allah "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu".40:60.

asob (jus tebu) n kusyari
kusyari
Cerita pasal kusyari dari ape yg saya nampak,blm pernah tanye lg tuan kedai die letak ape
dalam ni die letak pasta panjang n bulat, nasi, kacang kuda, kacang dal hijau, syairah. seme tu yg telah direbus pastu campur2 seme. pastu kat atas tu mcm sambal lada n bawang goreng .Biasanya ada sos tambahan..mcm lada sulah campur air n air asam limau. Kusyari ni pada org arab mcm keropok lekor la kot, wlpn bukan makanan asasi tp kire glemer jgkla


K, rasenye tu je. Esok pekse qoah bahas qowaid fiqh. Doakan saye. Jumpa lg. wassalam.

Thursday, September 2, 2010

'Selesema penjajahan' lagi bahaya



SEORANG penunjuk perasaan Palestin cuba melindungi muka daripada gas pemedih mata yang dilepaskan askar Israel terhadap mereka yang menyertai demontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di perkampungan Bilin, Tebing Barat, Jumaat lalu. Berpuluh penduduk Palestin dan aktivis asing yang memakai topeng muka mengadakan tunjuk perasaan membantah ‘selesema penjajahan’ yang menurut mereka lebih dahsyat daripada wabak Influenza A.

Dunia hari ini terlalu memberi tumpuan kepada selesema babi kerana ia membunuh manusia tetapi mereka lupa bahawa penderitaan yang kami alami jauh lebih teruk,” kata seorang penunjuk perasaan Abdullah Abu Rahmeh.
Israel mendakwa tembok konkrit dan besi sepanjang 723 kilometer diperlukan untuk keselamatan, manakala rakyat Palestin berkata ia adalah rampasan tanah. - AFP

sumber: http://www.bharian.com.my
Isnin, 11 Mei 2009

p/s: mane kesedaran kita?? ni bkn setakat isu negara tp agama juga..teruskan sumbangan, doa dan boikot.

Wednesday, December 2, 2009

Makkah Pusat Bumi..fakta yg tlh disembunyikan



Pelbagai perbincangan dan perdebatan timbul mengenai penggunaan Waktu Antarabangsa antara GMT (Greenwich
Mean Time) dan waktu Makkah.

Dalam kalangan ilmuwan di seluruh dunia, mereka mengetahui bahawa kota Makkah berada tepat di antara Kutub Selatan dan Kutub Utara . Hal ini bukanlah perkara yang baru, namun para saintis tetap memilih GMT sebagai panduan kepada pemilihan Waktu Antarabangsa.

Seorang pemikir ilmuwan Arab, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, mengatakan penelitian moden telah membuktikan bahawa Ka’bah merupakan pusat bumi dan satu-satunya yang merupakan “Zona-Zero”, tempat yang neutral dari pengaruh magnetik. Dan menurut penelitian, hal tersebut membuatkan sesiapa sahaja yang tinggal di Makkah memiliki kesihatan yang lebih baik berbanding dengan manusia normal. Maka, tidak hairanlah, kota Makkah mempunyai warga tua yang berusia lebih 90 tahun yang paling ramai di dunia.

Para Ulama dari seluruh dunia berkumpul dalam konfren di Qatar berjudul “Mecca, the Centre of the Earth, Theory and Practice” (Mekkah: Pusat Bumi, Teori, dan Ibadah) turut membahas masalah penggunaan Waktu Antarabangsa, yaitu mengacu pada Mekkah.
Sepanjang konfren tersebut, seorang saintis Muslim dari Perancis telah menemui kaedah baru menentukan arah kiblat. Beliau telah mencipta kompas penunjuk arah kiblat yang lebih praktikal berbanding yang digunakan sekarang ini. Ujar beliau, kompas ini dapat menyatukan arah kiblat dari seluruh dunia.

Kompas tersebut dirasakan mampu menjawab sebarang kekeliruan terhadap kota Makkah sebagai pusat tengah bumi dan Waktu Antarabangsa. Menurut catatan sejarah, penggunaan Waktu Antarabangsa mula digunakan oleh penjajah British semasa melakukan ekspidisi pelayaran dan penjajahan seawal tahun 1600. Mereka menggunakan sistem pemetaan berdasarkan matahari, yang saat ini dikenali sebagai GMT.

Menurut Wikipedia, Waktu Min Greenwich (GMT) kini digunakan untuk merujuk kepada zon masa Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). GMT dahulunya merujuk kepada waktu min suria di Balai Cerap Diraja, Greenwich, London.

Sistem tersebut kemudiannya digunakan oleh para penjajah lain seperti Belanda dan Portugis. Akibatnya sistem yang diperkenalkan, seakan-akan GMT menjadi “fakta” bahwa GMT merupakan pusat bumi bagi penentuan garisan Waktu Antarabangsa.


kabe_kaba_1

Sumber: Syeikh Muhammad Hanis Ad-Dujuni Al-Jawi

p/s: copy paste dr iluvislam.com