Thursday, September 2, 2010

'Selesema penjajahan' lagi bahaya



SEORANG penunjuk perasaan Palestin cuba melindungi muka daripada gas pemedih mata yang dilepaskan askar Israel terhadap mereka yang menyertai demontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di perkampungan Bilin, Tebing Barat, Jumaat lalu. Berpuluh penduduk Palestin dan aktivis asing yang memakai topeng muka mengadakan tunjuk perasaan membantah ‘selesema penjajahan’ yang menurut mereka lebih dahsyat daripada wabak Influenza A.

Dunia hari ini terlalu memberi tumpuan kepada selesema babi kerana ia membunuh manusia tetapi mereka lupa bahawa penderitaan yang kami alami jauh lebih teruk,” kata seorang penunjuk perasaan Abdullah Abu Rahmeh.
Israel mendakwa tembok konkrit dan besi sepanjang 723 kilometer diperlukan untuk keselamatan, manakala rakyat Palestin berkata ia adalah rampasan tanah. - AFP

sumber: http://www.bharian.com.my
Isnin, 11 Mei 2009

p/s: mane kesedaran kita?? ni bkn setakat isu negara tp agama juga..teruskan sumbangan, doa dan boikot.

No comments:

Post a Comment