Wednesday, February 18, 2009

~MAQAM SAYYIDAH NAFISAH~




Alhamdulillah..pada hari Selasa lalu berjaya jgk saya menjejaki maqam Sayyidah Nafisah dan explore tempatnye dengan sendiri. Sebelum ni dah pernah sampai tapi tu ikut rombongan. Jadi,ikut jela semata,xtau naik bas ape sampai ke sana,tau2 je dah sampai. Saya ke sana dengan menaiki bas panjang bernombor 912 dari sabi`. Selain tu boleh juga naik bas panjang bernombor 65,45 kecil,353 (dr asyier), 324(dr asyier @ sabi`) ataupun tanye je mane2 pak arab bas ke Sayyidah Aisyah. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 40-50 minit dihiasi dengan pemandangan binaan bangunan-bangunan lama dan kawasan perkuburan, ape yang agak menarik ialah masjid Ali Basya yang biasa menjadi tumpuan para pelancong.

Di Sayyidah Aisyah, terus saya bertanya kepada seorang warga tempatan peta untuk ke maqam Sayyidah Nafisah. Di samping itu saya turut bertanya arah tuju untuk ke maqam Imam Syafie tp kali ni saya xbercadang untuk ke sana pada hari ini memandangkan tempatnya agak jauh dan masa yang terbatas. Di kiri dan kanan saya terdapat bangunan yg membentuk lorong2 kecil untuk laluan pejalan kaki dan kenderaan kecil.kawasan ini dibahagikan mengikut syarik(nama jalan) dan utfah(xpasti apa,cth utfah hebah dan utfah syemaa`).

Sesampai saya di sana, azan berkumandang dan saya terus ke masjid di sebelah maqam. Seusainya solat, kelihatan orang mengangkat jenazah. Sahabat arab saya (baru je berkenalan mase dalam masjid td..hihi) ajak berdoa sebentar. Di maqam saya berdoa sebentar selepas itu saya beredar.

Perjalanan baliknye saya mencuba laluan lain. Laluan ni agak jauh(rase2la,mgkin sb sunyi skit). Kiri kanan seme kubur. Akhirnya jumpa jalan besar dan terus melintas. Kate makcik yg saya tye td name tempat ni magri (kalu x silap dgr la). Baliknye, saya naik bas 912 (sama ng mase ale g)


Sebenarnye, adabeberapa kisah menarik pasal beliau tp saya x ingt sgt utk dicoretkan di sini.tkt karang salah crita plak. Kalu ada kawan2 yg tau leh tambah kat komen. Yang pastinya beliau seorang yang soleh dan keturunan ahli bait (keturunan Rasulullah sallalahu alaihi wasallam). Lepas ni nak g lagi,mgkin leh buat sebagai liqo` amali usrah kami..

No comments:

Post a Comment